05 Ogos, 2013
30 Julai, 2013
Dialog bersama ahli MPN
TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bersama
ketua kluster Majlis Profesor Negara (MPN) selepas sesi dialog bersama ahli MPN
itu di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA | Jul 30, 2013 4:47 pm
27 Julai, 2013
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Datuk Seri Ahmad Said (dua
dari kiri) dan Datuk Seri Idris Jusoh di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di
Menara Datuk Onn, hari ini. - Foto Effendy Rashid | Jul 26, 2013 6:57 pm
22 Julai, 2013
PRK Kuala Besut: Pembangkang hanya tahu mengadu saja
JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menempelak kenyataan
sesetengah pemimpin pembangkang bahawa peruntukan bagi melaksanakan
projek pembangunan yang diberikan Kerajaan Pusat hanya sekadar janji
pilihan raya.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mempersoalkan pembangunan yang pernah dilakukan pembangkang di daerah berkenaan ketika diberi peluang memerintah
Terengganu pada 1999 hingga 2004. "Apa yang dia tak sangsi...semua yang kita cakap semua sangsi selalu. Dia tak buat apa-apa pun kalau dia menang sekalipun. Apa yang mereka buat masa 1999?
Mereka menang tapi tak buat juga...mereka hanya tahu mengadu saja," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan Bersih 2.0 yang mendakwa segala projek pembangunan yang ditawarkan kepada penduduk Kuala Besut
adalah janji yang ditabur bagi meraih undi.
Idris berkata demikian selepas merasmikan Program Kem Robotik Daerah Besut bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, di sini, hari ini.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Pembangkanghanyatahumengadusaja/Article/?bh

Karnival Robotik
Datuk Seri Idris jusoh bersama pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di SMK Seri Bukit Puteri, Kg. Baharu hari ini.
Foto: Nodin Mohadi
02 Julai, 2013
Kementerian Pendidikan garis langkah keselamatan untuk pelajar di Mesir
KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Mesir dinasihat menghindari kawasan
tumpuan perhimpunan dan tunjuk perasaan membantah kepimpinan negara
Timur Tengah itu di Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Zaqaziq dan tempat
lain.
Dalam satu kenyataan, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh turut meminta mereka agar tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau petisyen anjuran masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup, dalam atau luar kampus universiti.
Selain itu, pelajar Malaysia digesa tidak mempercayai atau menyebar
khabar angin melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial
seperti Facebook, Twitter serta blog dan e-mel.
Kenyataan itu juga menyebut demonstrasi dan perhimpunan yang berlaku telah mengakibatkan 16 orang terbunuh dan 781 cedera dalam kalangan warga Mesir.
"Education Malaysia Egypt (EME) memperakui tiada kes melibatkan pelajar Malaysia dan ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan terkawal," kata Idris.
Idris berkata langkah keselamatan diambil dengan membuka bilik gerakan 24 jam di semua peringkat dan wilayah, di kedutaan Malaysia di Kaherah, Dewan Malaysia Abbasiah, rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.
Selain itu, operasi pemantauan turut digerakkan di semua terminal lapangan terbang manakala siri kunjungan pegawai ke premis kediaman pelajar turut dilakukan, begitu juga hebahan melalui media elektronik, 'Whatsapp' dan SMS.
Beliau juga menggesa pelajar berkenaan agar mengelak daripada memberi sebarang komen atau ulasan berkaitan politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu, organisasi Mesir dan asing, serta menangguhkan aktiviti dan pergerakan ke luar kawasan untuk percutian.
"Elakkan dari berjalan-jalan pada waktu malam atau berjalan secara berseorangan, terutama bagi mahasiswi," katanya.
Idris berkata pelajar Malaysia di Mesir perlu mematuhi sebarang arahan keselamatan, termasuk perintah berkurung, sekiranya dikeluarkan kerajaan Mesir dan arahan lain oleh pihak kedutaan.
"Pelajar harus mengutamakan keselamatan diri dan menyimpan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan barang berharga di tempat selamat," katanya. - Bernama.
http://www.hmetro.com.my/articles/KementerianPendidikangarislangkahkeselamatanuntukpelajardiMesir/Article?mutakhir | ai3JUL

Langgan:
Catatan (Atom)