30 Julai, 2013

Dialog bersama ahli MPN



TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bersama ketua kluster Majlis Profesor Negara (MPN) selepas sesi dialog bersama ahli MPN itu di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA | Jul 30, 2013 4:47 pm

27 Julai, 2013

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Datuk Seri Ahmad Said (dua dari kiri) dan Datuk Seri Idris Jusoh di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, hari ini. - Foto Effendy Rashid | Jul 26, 2013 6:57 pm

22 Julai, 2013

PRK Kuala Besut: Pembangkang hanya tahu mengadu saja

JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menempelak kenyataan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa peruntukan bagi melaksanakan projek pembangunan yang diberikan Kerajaan Pusat hanya sekadar janji pilihan raya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mempersoalkan pembangunan yang pernah dilakukan pembangkang di daerah berkenaan ketika diberi peluang memerintah

Terengganu pada 1999 hingga 2004. "Apa yang dia tak sangsi...semua yang kita cakap semua sangsi selalu. Dia tak buat apa-apa pun kalau dia menang sekalipun. Apa yang mereka buat masa 1999?

Mereka menang tapi tak buat juga...mereka hanya tahu mengadu saja," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan Bersih 2.0 yang mendakwa segala projek pembangunan yang ditawarkan kepada penduduk Kuala Besut
adalah janji yang ditabur bagi meraih undi.

Idris berkata demikian selepas merasmikan Program Kem Robotik Daerah Besut bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Pembangkanghanyatahumengadusaja/Article/?bh

Karnival Robotik

Datuk Seri Idris jusoh bersama pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di SMK Seri Bukit Puteri, Kg. Baharu hari ini.
Foto: Nodin Mohadi

Gerbang Pelancongan Antarabangsa


02 Julai, 2013

Kementerian Pendidikan garis langkah keselamatan untuk pelajar di Mesir

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Mesir dinasihat menghindari kawasan tumpuan perhimpunan dan tunjuk perasaan membantah kepimpinan negara Timur Tengah itu di Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Zaqaziq dan tempat lain.

Dalam satu kenyataan, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh turut meminta mereka agar tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau petisyen anjuran masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup, dalam atau luar kampus universiti.

Selain itu, pelajar Malaysia digesa tidak mempercayai atau menyebar khabar angin melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook, Twitter serta blog dan e-mel.

Kenyataan itu juga menyebut demonstrasi dan perhimpunan yang berlaku telah mengakibatkan 16 orang terbunuh dan 781 cedera dalam kalangan warga Mesir.

"Education Malaysia Egypt (EME) memperakui tiada kes melibatkan pelajar Malaysia dan ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan terkawal," kata Idris.

Idris berkata langkah keselamatan diambil dengan membuka bilik gerakan 24 jam di semua peringkat dan wilayah, di kedutaan Malaysia di Kaherah, Dewan Malaysia Abbasiah, rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.

Selain itu, operasi pemantauan turut digerakkan di semua terminal lapangan terbang manakala siri kunjungan pegawai ke premis kediaman pelajar turut dilakukan, begitu juga hebahan melalui media elektronik, 'Whatsapp' dan SMS.

Beliau juga menggesa pelajar berkenaan agar mengelak daripada memberi sebarang komen atau ulasan berkaitan politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu, organisasi Mesir dan asing, serta menangguhkan aktiviti dan pergerakan ke luar kawasan untuk percutian.

"Elakkan dari berjalan-jalan pada waktu malam atau berjalan secara berseorangan, terutama bagi mahasiswi," katanya.

Idris berkata pelajar Malaysia di Mesir perlu mematuhi sebarang arahan keselamatan, termasuk perintah berkurung, sekiranya dikeluarkan kerajaan Mesir dan arahan lain oleh pihak kedutaan.

"Pelajar harus mengutamakan keselamatan diri dan menyimpan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan barang berharga di tempat selamat," katanya. - Bernama.

http://www.hmetro.com.my/articles/KementerianPendidikangarislangkahkeselamatanuntukpelajardiMesir/Article?mutakhir | ai3JUL

01 Julai, 2013

Muhyiddin pengarah PRK Kuala Besut, Idris timbalan

 
 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Datuk Seri Idris Jusoh
*****
KUALA LUMPUR 1 Julai - Barisan Nasional (BN) melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada beliau berhubung pelantikan itu sebelum berangkat untuk lawatan kerja ke luar negara.
Katanya, beliau akan dibantu Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai timbalan pengarah pilihan raya kecil itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Saya harap dengan bantuan beliau (Idris), BN boleh menang dan kekal di sana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya tentang persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar Rabu lalu.
"Berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.
"Kita juga berharap pengundi akan terus mengundi BN," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tidak ada keperluan bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff meletak jawatan berhubung kualiti dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
"Siasatan yang akan berlaku pada SPR oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah urusan dan bidang kuasa mereka. Kerajaan tidak akan bercampur tangan dalam urusan SPRM.
"Sekiranya ada perkara tertentu yang hendak disiasat, saya pasti SPR akan memberi kerjasama," katanya.
Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR. - BERNAMA

30 Jun, 2013

UMNO letak calon disenangi penduduk Kuala Besut

BESUT 30 Jun - UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak lama lagi. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.
"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.
Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra. - BERNAMA

27 Jun, 2013

Takziah buat Puan Hajah Azizah

Anda kehilangan orang tersayang, kami kehilangan rakan seperjuangan. Kita doakan keluarga arwah diberi kekuatan dalam menempuh ujian dari Allah. - Dato' Seri Idris
 
“Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka, ‘Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari Kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).” - (Fathir 35: 34)

Mampu pertahan Kuala Besut

| Oleh Norfatimah Ahmad, Mohd Azrone Sarabatin, S Anand Kumar dan Lum Chee Hong 
 
Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil selepas penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia, kelmarin.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata DUN Kuala Besut adalah kubu kuat BN dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Allahyarham mendapat majoriti 2,434 undi.
Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, bagaimanapun di peringkat Bahagian UMNO Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya. Kita juga akan mengadakan mesyuarat minggu ini yang dihadiri wakil Pusat.

Rumah saya di kawasan DUN Kuala Besut dan cukup kenal rakyat dan kawasan ini, katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, akibat paru-paru berair.

Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan DUN Kuala Besut.
 
Yakin pilihan rakyat
Biarkan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut, katanya.

Di Putrajaya, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, walaupun BN menang selesa pada PRU-13 tetapi menjangkakan persaingan lebih sengit daripada pembangkang.

Kita yakin BN dapat menang berkat sokongan diperoleh sebelum ini tetapi kita tidak mahu ambil mudah cabaran kali ini, katanya.

Ahmad berkata, pelantikan Idris selaku Menteri Pendidikan memberi kelebihan kepada BN pada pilihan raya ini.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil, beliau berkata, jentera kempen dapat digerakkan dengan lebih mudah kerana persediaan ketika PRU-13 masih segar di ingatan dan jentera parti peringkat pusat juga akan turun membantu. 
 
http://o.bharian.com.my/bharian/articles/MampupertahanKualaBesut/Article | AI28JUN

Bersemadinya seorang pemimpin

Dato' Seri Idris bersama Dato' Seri Ahmad Said dan Dato' Ahmad Maslan menjawab pertanyaan pemberita selepas selesai perkebumian Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar di Telok Bayu, Kuala Besut.

Sekolah Wawasan wadah perpaduan terbaik - Kementerian

Idris Jusoh 
*****
KUALA LUMPUR 26 Jun - Sekolah Wawasan merupakan platform terbaik memupuk perpaduan kaum di peringkat sekolah walaupun kewujudannya tidak diperluas buat masa ini.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan boleh menjadi wadah menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat kerana murid dapat menjalankan pelbagai aktiviti secara bersama.
"Dengan konsep Sekolah Wawasan, kita yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksana secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini hanya lima buah Sekolah Wawasan beroperasi di seluruh negara iaitu di Parit Buntar, (Perak), Alor Setar (Kedah), Tasik Permai (Pulau Pinang), Subang Jaya ( Selangor) dan Seri Manjung (Perak).
Terdahulu, beliau berkata, beberapa instrumen di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan diwujudkan bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar.
Antara instrumen itu, tambahnya, menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata, kerajaan tidak berhasrat memaksa pelajar sekolah jenis kebangsaan memasuki sekolah kebangsaan.
"Apa yang sedang dilaksanakan ialah kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Mandarin dan Tamil)," katanya.

Al Fatihah & Takziah

Dato' Seri Idris Jusoh menyiram air mawar ke pusara Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar diperhatikan oleh Dato' Seri Ahmad Said dan Dato' Ahmad Maslan di Telok Bayu, Kuala Besut.
26 Jun 2013

24 Jun, 2013

Let's Talk bukti tiada jurang pemisah antara sekolah, IPT

Idris Jusoh (dua dari kanan) beramah mesra dengan peserta Program Perdana Let's Talk and Let's Go Global di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu Kuala Terengganu, semalam. 
*****
KUALA TERENGGANU 22 Jun - Program Perdana Let's Talk and Let's Go Global anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri membuktikan bahawa tidak wujud jurang pemisah dalam bidang pendidikan di antara sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program itu juga menggambarkan terdapat satu sinergi yang jelas apabila Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan menjadi Kementerian Pendidikan kerana jalinan tersebut terus wujud.
"Sebab itulah hari ini kita dapat lihat Pengarah Pendidikan negeri duduk bersama seorang Naib Canselor... duduk bersama untuk melaksanakan program Bahasa Inggeris iaitu satu program yang dialu-alukan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
"Sebab itulah juga saya turun hari ini kerana ia memberi gambaran selepas dua kementerian ini bersatu atau bercantum, lebih banyak program yang kita boleh laksanakan bersama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Perdana Let's Talk and Let's Go Global yang disertai oleh 260 pelajar Tingkatan Empat dari 13 buah sekolah di sekitar daerah ini di UMT di sini hari ini.
Yang hadir sama Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo; pengasas program berkenaan yang juga Pengarah Penerbit UMT, Prof. Madya Dr. Noraien Mansor; Pengarah Pendidikan negeri, Zakaria Hussin serta beberapa kenamaan lain.
Program yang berlangsung selama enam bulan dengan tema Memperkasakan Komunikasi Bahasa Inggeris itu turut melibatkan enam orang pensyarah bahasa Inggeris dari universiti itu yang bertindak sebagai pengendali program.
Dalam perkembangan berkaitan, Idris memberitahu, buat masa sekarang, pihaknya tidak berhasrat memperluaskan program tersebut memandangkan ia hanya salah satu daripada usaha yang dilaksanakan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
"Setiap IPT mungkin ada cara masing-masing untuk melaksanakan program ini. Apa yang kita nak lihat ialah produk.. hasilnya macam mana.
"Selain UMT, UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) juga telah menyerahkan kertas kerja kepada saya untuk melaksanakan program seperti ini di sekolah-sekolah rendah," katanya.

23 Jun, 2013

UMT anjur Program Perdana Let's Talk and Let's Go Global?


Tarikh: 23/06/2013
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Penerbit UMT buat julung-julung kalinya menganjurkan Program Perdana "Let`s Talk and Let`s Go Global" Memperkasakan Komunikasi Bahasa Inggeris yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh.
Program ini melibatkan 13 buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu untuk tempoh 6 bulan. Seramai 6 orang pensyarah daripada Fakulti Pembangunan Sosial (FPS) akan mengendalikan 260 orang pelajar tingkatan 4 menggunakan pelbagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam berkomunikasi dengan kaedah yang santai dan menarik.
Dalam ucapan Menteri Pendidikan II, Dato` Seri Idris bin Jusoh berkata bahawa usaha yang dilakukan oleh UMT telah memberi peluang kepada pelajar di Terengganu untuk memperkasakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk kegunaan pelbagai urusan.
"Kita memahami bahawa, satu hari nanti jika kita ingin menjadi negara yang berpasaran global, bahasa Inggeris memainkan peranan besar kerana ia merupakan bahasa yang digunakan di seluruh dunia. Kita juga percaya bahawa pada tahun 2025 nanti, pendidikan di Malaysia akan menjadi antara pendidikan yang setara dengan yang berada di luar negara sekaligus usaha memperkasakan bahasa Inggeris ini merupakan satu langkah penting bagi agenda pendidikan di Malaysia," kata beliau ketika merasmikan program tersebut.
Objektif bagi program ini dijalankan adalah untuk memperkasakan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah. Ia juga adalah untuk melaksanakan program transformasi ilmu peringkat universiti dan sekolah serta mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat khusunya pelajar sekolah tentang kepentingan penguasaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang sememangnya menjadi bahasa perhubungan di luar negara.
"Tahun ini menjadi tahun pertama pengabungan di antara dua kementerian besar iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran yang dijadikan satu sebagai Kementerian Pendidikan. Sebagaimana nama kementerian ini, selepas ini kedua-dua kementerian dapat bergabung bersama memastikan apa yang dilakukan di peringkat sekolah akan berterusan sehingga ke peringkat universiti sekaligus memberi peluang kepada peringkat universiti untuk menolong peringkat sekolah memantapkan lagi struktur pendidikan di Malaysia ini," jelas beliau lagi ketika sidang media yang dijalankan pada hari tersebut.

Sebagai permulaan program yang dirancang oleh UMT ini hanya melibatkan pelajar sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan jika berjaya akan dibawa ke peringkat lebih menyeluruh di seluruh Terengganu, dan program ini akan menjadi percubaan pertama UMT untuk menggunakan media sosial serta temu ramah di Terengganu.fm sebagai modus pengajaran sepanjang enam bulan program ini dilaksanakan.

20 Jun, 2013

Ulul Albab

Definasi
Model Ulul Albab
Program Ulul Albab
 
Quranik
 Ensiklopedik
 Ijtihadik
 Kompleks Imtiaz Besut
Kompleks Imtiaz Besut dirangcang bagi memenuhi cita-cita "Melahir Generasi Ulul Albab" bukan sahaja di Terengganu tetapi sampai ke peringkat Nasional.
Dipetik dari Terbitan Khas 10 Tahun Imtiaz (1999-2009)

18 Jun, 2013

Cuti sabatikal guru belajar di luar negara

SERI KEMBANGAN 18 Jun - Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru mengikuti program pembelajaran di luar negara, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, cuti sabatikal untuk mengikuti program pembelajaran luar negara yang kini hanya dinikmati pensyarah di institusi pengajian tinggi amat penting dalam usaha kerajaan meletakkan sistem pendidikan negara setanding dengan negara di seluruh dunia.
"Kita sering berkata mahu meletakkan sistem pendidikan Malaysia sebaris dengan negara luar tetapi bagaimana kita nak merealisasikannya kalau pengetua, guru besar dan guru kita tidak dapat banyak pendedahan tentang sistem pendidikan di luar negara.
"Dengan cara ini kita harap lebih ramai pengetua, guru besar dan guru mempelajari sistem pendidikan di negara seperti United Kingdom dan Finland bagi membuka minda mereka tentang cara terbaik melahirkan anak bangsa yang mampu meneruskan kecemerlangan Malaysia pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baharu Kepada Pengetua Tahun 2012 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan, Datuk Misrah Ibrahim.
Seramai 151 pengetua sekolah menerima sijil dan wang tunai RM7,500 pada anugerah yang diberi kepada pengetua sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sekolah mereka.
Idris berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan serta kajian di peringkat kementerian dan apabila selesai, ia akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan.
"Banyak perkara kita perlu bincangkan dan kita teliti seperti tempoh masa cuti itu dua ke tiga bulan, sabatikal ini boleh diambil setiap lima tahun sekali dan negara-negara yang terbaik untuk kita hantar guru kita.
"Kita akan buka peluang untuk semua jenis guru, peringkat menengah, rendah mahupun bidang teknikal. Kementerian akan pilih siapa yang layak menerusi kriteria yang akan kami tetapkan nanti," katanya.
Mengulas mengenai Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Idris berkata, pengetua dan guru besar perlu menjadi ejen perubahan bagi merealisasikan fasa pertama pelan itu yang bermatlamat merubah sistem pendidikan negara untuk menghasilkan generasi muda berdaya maju.
Ditanya tentang keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini, beliau berkata sekolah dalam kawasan yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 akan diarah tutup serta merta bagi mengelakkan masalah kesihatan di kalangan pelajar.
"Saya nasihatkan pelajar supaya memakai topeng penapis udara, minum air dengan banyak dan kurangkan aktiviti luar jika IPU di kawasan anda teruk.
"Kementerian akan memantau rapi perkembangan jerebu ini bagi memastikan kesihatan pelajar kita tidak terjejas," katanya. - BERNAMA

16 Jun, 2013

Seri Puteri johan Wind Orchestra Sekolah Berasramah Penuh

SULTAN Ahmad Shah (tiga dari kiri) dan Idris Jusoh (dua dari kiri) memerhatikan wakil Sekolah Seri Puteri, termasuk Junaidah Jamaluddin (kanan) menjulang trofi juara Pertandingan Wind Orchestra Sekolah Berasramah Penuh Ke-15 di PICC, Putrajaya, semalam. 
*****
PUTRAJAYA 16 Jun - Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya berjaya meraih tempat pertama Pertandingan Wind Orchestra Sekolah Berasramah Penuh (SBP) Ke-15 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Kemenangan tersebut membolehkan sekolah terbabit membawa pulang piala pusingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, piala iringan dan hadiah wang tunai RM5,000.
Tempat kedua diraih oleh Kolej Tunku Kurshiah manakala Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching memenangi tempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500 dan RM2,500 bersama piala iringan.
Pelajar Sekolah Seri Puteri, Junaidah Jamaluddin dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik dan menerima RM500, piala pusingan serta iringan.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berkenan berangkat bersama Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom menyaksikan pertandingan tahunan tersebut.
Yang turut hadir, Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sembilan buah SPB yang mengambil bahagian adalah Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Datuk Abdul Razak, SM Sains Kuching, SM Sains Sultan Mahmud dan SM Sultan Abdul Halim.
Empat lagi adalah Sekolah Seri Puteri, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kurshiah.
Dalam majlis sama, Sultan Ahmad Shah turut berkenaan menyumbang RM50,000 kepada Jawatankuasa Pengelola Wind Orchestra SBP.

14 Jun, 2013

Majlis Kesyukuran BN Besut & Isra' Mikraj 1434H

Dato' Seri Idris Jusoh bersama Ustaz Mohd Syukri bergambar kenangan dengan Kumpulan Nasyid Rabbani selepas Majlis Kesyukuran dan Isra' Mikraj
*****
14 Jun - Kg. Raja: Sebulan lebih selepas Pilihanraya Umum ke 13, UMNO Bahagian Besut mengadakan Majlis Kesyukuran bertempat di Dewan Undangan Negeri Kota Putera.
Majlis dimulakan di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja dengan solat Magrib berjemaah dikuti solat Hajat, Bacaan Yassin, Tahlil dan solat Isya'.
Selepas solat Isya' program beralih ke tapak Pasar Malam Kampung Raja, jamuan makan malam disediakan kepada jemputan sambil dihiburkan oleh kumpulan nasyid tersohor di bawa khas pada malam ini iaitu Rabbani.
Satu ceramah juga disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syukri Yusof, penceramah bebas yang diundang khas memberi ceramah Isra' Miraj.
Sebelum itu Dato' Seri Idris Jusoh - Menteri Pendidik 2 merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut dalam ucapan aluannya berjanji akan memikul amanah sebagaimana diberikan oleh rakyat serta kerajaan sebaik yang mungkin bersama-sama rakan ahli yang berhormat untuk agama, bangsa dan negara.
Hadir sama Haji Nawi Mohamad - Exco Kerajaan Terengganu (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut), Haji Pehimi Yusof - ADUN Jertih (Naib Ketua UMNO Bahagian Besut) dan Mohd Mahdi Muda - ADUN Kota Putera, (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut).
- hwa

Kesyukuran RELA Besut

14 Jun - Dato' Seri Idris Jusoh bersama Haji Pehimi bergambar kenangan dengan pegawai dan anggota RELA Besut di Majlis Kesyukuran yang diadakan di Dataran JPS Sungai Jertih, berhadapan Masjid Hadhari.

09 Jun, 2013

Foto Kenangan

Idris Jusoh dan Idris Mamat. Dua-dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.

05 Jun, 2013

Kurikulum baharu didik pelajar hormati Perlembagaan

Idris Jusoh 
*****
KUALA LUMPUR 5 Jun - Kurikulum baharu yang dihasilkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah berupaya mendidik generasi muda menghormati peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendedahan turut diberi kepada sejarah negara sejak merdeka dan perpaduan rakyat dalam konteks integrasi nasional.
Menurut beliau, penerapan kurikulum itu selari dengan keputusan kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini.
"Saya percaya usaha mendidik generasi muda tentang sejarah dan ketatanegaraan akan menjayakan usaha mencegah perbuatan menghina institusi diraja dan Jalur Gemilang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Idris mengulas tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menerusi ruangan Cuit dalam Utusan Malaysia hari ini yang mengesyorkan Kementerian Pendidikan memperkenal mata pelajaran Asas Perlembagaan mulai tingkatan satu hingga seterusnya di semua aliran sekolah.
Zaini melontarkan cadangan itu berikutan perbuatan wanita yang menggunakan nama Melissa Gooi dan empat rakannya menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.
Jawatankuasa khas yang dibentuk pada 2011 itu dipengerusikan Datuk Omar Mohd. Hashim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran manakala pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam sebagai Timbalan Pengerusi.
Jawatankuasa itu turut dianggotai Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Prof. Dr. Danny Wong Tze Ken, Prof. Dr. Ranjit Singh Darshan Singh, Dr. Nelson Ilan Mersat, Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Dr. Benedict Topin.