30 Julai, 2013

Dialog bersama ahli MPN



TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bersama ketua kluster Majlis Profesor Negara (MPN) selepas sesi dialog bersama ahli MPN itu di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA | Jul 30, 2013 4:47 pm

27 Julai, 2013

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Datuk Seri Ahmad Said (dua dari kiri) dan Datuk Seri Idris Jusoh di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, hari ini. - Foto Effendy Rashid | Jul 26, 2013 6:57 pm

22 Julai, 2013

PRK Kuala Besut: Pembangkang hanya tahu mengadu saja

JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menempelak kenyataan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa peruntukan bagi melaksanakan projek pembangunan yang diberikan Kerajaan Pusat hanya sekadar janji pilihan raya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mempersoalkan pembangunan yang pernah dilakukan pembangkang di daerah berkenaan ketika diberi peluang memerintah

Terengganu pada 1999 hingga 2004. "Apa yang dia tak sangsi...semua yang kita cakap semua sangsi selalu. Dia tak buat apa-apa pun kalau dia menang sekalipun. Apa yang mereka buat masa 1999?

Mereka menang tapi tak buat juga...mereka hanya tahu mengadu saja," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan Bersih 2.0 yang mendakwa segala projek pembangunan yang ditawarkan kepada penduduk Kuala Besut
adalah janji yang ditabur bagi meraih undi.

Idris berkata demikian selepas merasmikan Program Kem Robotik Daerah Besut bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Pembangkanghanyatahumengadusaja/Article/?bh

Karnival Robotik

Datuk Seri Idris jusoh bersama pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di SMK Seri Bukit Puteri, Kg. Baharu hari ini.
Foto: Nodin Mohadi

Gerbang Pelancongan Antarabangsa


02 Julai, 2013

Kementerian Pendidikan garis langkah keselamatan untuk pelajar di Mesir

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Mesir dinasihat menghindari kawasan tumpuan perhimpunan dan tunjuk perasaan membantah kepimpinan negara Timur Tengah itu di Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Zaqaziq dan tempat lain.

Dalam satu kenyataan, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh turut meminta mereka agar tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau petisyen anjuran masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup, dalam atau luar kampus universiti.

Selain itu, pelajar Malaysia digesa tidak mempercayai atau menyebar khabar angin melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook, Twitter serta blog dan e-mel.

Kenyataan itu juga menyebut demonstrasi dan perhimpunan yang berlaku telah mengakibatkan 16 orang terbunuh dan 781 cedera dalam kalangan warga Mesir.

"Education Malaysia Egypt (EME) memperakui tiada kes melibatkan pelajar Malaysia dan ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan terkawal," kata Idris.

Idris berkata langkah keselamatan diambil dengan membuka bilik gerakan 24 jam di semua peringkat dan wilayah, di kedutaan Malaysia di Kaherah, Dewan Malaysia Abbasiah, rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.

Selain itu, operasi pemantauan turut digerakkan di semua terminal lapangan terbang manakala siri kunjungan pegawai ke premis kediaman pelajar turut dilakukan, begitu juga hebahan melalui media elektronik, 'Whatsapp' dan SMS.

Beliau juga menggesa pelajar berkenaan agar mengelak daripada memberi sebarang komen atau ulasan berkaitan politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu, organisasi Mesir dan asing, serta menangguhkan aktiviti dan pergerakan ke luar kawasan untuk percutian.

"Elakkan dari berjalan-jalan pada waktu malam atau berjalan secara berseorangan, terutama bagi mahasiswi," katanya.

Idris berkata pelajar Malaysia di Mesir perlu mematuhi sebarang arahan keselamatan, termasuk perintah berkurung, sekiranya dikeluarkan kerajaan Mesir dan arahan lain oleh pihak kedutaan.

"Pelajar harus mengutamakan keselamatan diri dan menyimpan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan barang berharga di tempat selamat," katanya. - Bernama.

http://www.hmetro.com.my/articles/KementerianPendidikangarislangkahkeselamatanuntukpelajardiMesir/Article?mutakhir | ai3JUL

01 Julai, 2013

Muhyiddin pengarah PRK Kuala Besut, Idris timbalan

 
 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Datuk Seri Idris Jusoh
*****
KUALA LUMPUR 1 Julai - Barisan Nasional (BN) melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada beliau berhubung pelantikan itu sebelum berangkat untuk lawatan kerja ke luar negara.
Katanya, beliau akan dibantu Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai timbalan pengarah pilihan raya kecil itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Saya harap dengan bantuan beliau (Idris), BN boleh menang dan kekal di sana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya tentang persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar Rabu lalu.
"Berdasarkan kekuatan dan pengalaman Idris sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, beliau mampu menyumbang kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.
"Kita juga berharap pengundi akan terus mengundi BN," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tidak ada keperluan bagi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff meletak jawatan berhubung kualiti dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
"Siasatan yang akan berlaku pada SPR oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah urusan dan bidang kuasa mereka. Kerajaan tidak akan bercampur tangan dalam urusan SPRM.
"Sekiranya ada perkara tertentu yang hendak disiasat, saya pasti SPR akan memberi kerjasama," katanya.
Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR. - BERNAMA