Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendedahan turut diberi kepada sejarah negara sejak merdeka dan perpaduan rakyat dalam konteks integrasi nasional.
Menurut beliau, penerapan kurikulum itu selari dengan keputusan kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini.
"Saya percaya usaha mendidik generasi muda tentang sejarah dan ketatanegaraan akan menjayakan usaha mencegah perbuatan menghina institusi diraja dan Jalur Gemilang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Idris mengulas tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menerusi ruangan Cuit dalam Utusan Malaysia hari ini yang mengesyorkan Kementerian Pendidikan memperkenal mata pelajaran Asas Perlembagaan mulai tingkatan satu hingga seterusnya di semua aliran sekolah.
Zaini melontarkan cadangan itu berikutan perbuatan wanita yang menggunakan nama Melissa Gooi dan empat rakannya menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.
Jawatankuasa khas yang dibentuk pada 2011 itu dipengerusikan Datuk Omar Mohd. Hashim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran manakala pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam sebagai Timbalan Pengerusi.
Jawatankuasa itu turut dianggotai Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Prof. Dr. Danny Wong Tze Ken, Prof. Dr. Ranjit Singh Darshan Singh, Dr. Nelson Ilan Mersat, Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Dr. Benedict Topin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan