Kemenangan tersebut membolehkan sekolah terbabit membawa pulang piala pusingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, piala iringan dan hadiah wang tunai RM5,000.
Tempat kedua diraih oleh Kolej Tunku Kurshiah manakala Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching memenangi tempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500 dan RM2,500 bersama piala iringan.
Pelajar Sekolah Seri Puteri, Junaidah Jamaluddin dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik dan menerima RM500, piala pusingan serta iringan.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berkenan berangkat bersama Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom menyaksikan pertandingan tahunan tersebut.
Yang turut hadir, Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sembilan buah SPB yang mengambil bahagian adalah Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Datuk Abdul Razak, SM Sains Kuching, SM Sains Sultan Mahmud dan SM Sultan Abdul Halim.
Empat lagi adalah Sekolah Seri Puteri, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kurshiah.
Dalam majlis sama, Sultan Ahmad Shah turut berkenaan menyumbang RM50,000 kepada Jawatankuasa Pengelola Wind Orchestra SBP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan