Tarikh:
23/06/2013
Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Penerbit UMT buat julung-julung kalinya
menganjurkan Program Perdana "Let`s Talk and Let`s Go Global" Memperkasakan
Komunikasi Bahasa Inggeris yang diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program
telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh.
Program ini
melibatkan 13 buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu untuk tempoh 6 bulan.
Seramai 6 orang pensyarah daripada Fakulti Pembangunan Sosial (FPS) akan
mengendalikan 260 orang pelajar tingkatan 4 menggunakan pelbagai medium
pengajaran dan pembelajaran dalam berkomunikasi dengan kaedah yang santai dan
menarik.
Dalam ucapan
Menteri Pendidikan II, Dato` Seri Idris bin Jusoh berkata bahawa usaha yang
dilakukan oleh UMT telah memberi peluang kepada pelajar di Terengganu untuk
memperkasakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk kegunaan pelbagai
urusan.
"Kita
memahami bahawa, satu hari nanti jika kita ingin menjadi negara yang berpasaran
global, bahasa Inggeris memainkan peranan besar kerana ia merupakan bahasa yang
digunakan di seluruh dunia. Kita juga percaya bahawa pada tahun 2025 nanti,
pendidikan di Malaysia akan menjadi antara pendidikan yang setara dengan yang
berada di luar negara sekaligus usaha memperkasakan bahasa Inggeris ini
merupakan satu langkah penting bagi agenda pendidikan di Malaysia," kata
beliau ketika merasmikan program tersebut.
Objektif bagi program
ini dijalankan adalah untuk memperkasakan kemahiran berkomunikasi bahasa
Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah. Ia juga adalah untuk
melaksanakan program transformasi ilmu peringkat universiti dan sekolah serta
mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat khusunya pelajar sekolah tentang
kepentingan penguasaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang sememangnya
menjadi bahasa perhubungan di luar negara.
"Tahun ini
menjadi tahun pertama pengabungan di antara dua kementerian besar iaitu Kementerian
Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran yang dijadikan satu sebagai
Kementerian Pendidikan. Sebagaimana nama kementerian ini, selepas ini kedua-dua
kementerian dapat bergabung bersama memastikan apa yang dilakukan di peringkat
sekolah akan berterusan sehingga ke peringkat universiti sekaligus memberi
peluang kepada peringkat universiti untuk menolong peringkat sekolah
memantapkan lagi struktur pendidikan di Malaysia ini," jelas beliau lagi
ketika sidang media yang dijalankan pada hari tersebut.
Sebagai permulaan program yang dirancang oleh UMT ini hanya melibatkan pelajar sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan jika berjaya akan dibawa ke peringkat lebih menyeluruh di seluruh Terengganu, dan program ini akan menjadi percubaan pertama UMT untuk menggunakan media sosial serta temu ramah di Terengganu.fm sebagai modus pengajaran sepanjang enam bulan program ini dilaksanakan.
Sebagai permulaan program yang dirancang oleh UMT ini hanya melibatkan pelajar sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan jika berjaya akan dibawa ke peringkat lebih menyeluruh di seluruh Terengganu, dan program ini akan menjadi percubaan pertama UMT untuk menggunakan media sosial serta temu ramah di Terengganu.fm sebagai modus pengajaran sepanjang enam bulan program ini dilaksanakan.
- web UMT | http://www.umt.edu.my/v9/#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan