30 Jun, 2013

UMNO letak calon disenangi penduduk Kuala Besut

BESUT 30 Jun - UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak lama lagi. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.
"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.
Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra. - BERNAMA

Tiada ulasan: